Kesihatan JantungHeart Health

Kalkulator Risiko Sakit JantungHeart Disease Risk Calculator

Kira risiko serangan jantung dan strok dalam 10 tahun akan datang dengan skor Framingham, seperti yang disyorkan CPG Pengurusan Dislipidemia 2023. Lihat juga umur jantung anda dan sasaran LDL yang sesuai. Percuma, dan apa yang anda taip tidak disimpan.Calculate your risk of heart attack and stroke over the next 10 years with the Framingham score, as recommended by the Malaysian CPG on Dyslipidemia 2023. See your heart age and the right LDL target too. Free, and nothing you type is stored.

Kira Risiko 10 Tahun AndaCalculate Your 10-Year Risk

Anda perlukan bacaan kolesterol total dan HDL daripada ujian darah, serta tekanan darah sistolik (nombor atas).You need your total cholesterol and HDL from a blood test, and your systolic blood pressure (top number).

JantinaSex
tahunyears
Unit kolesterolCholesterol unit
mmol/L
mmol/L
mmHg
Ambil ubat darah tinggi?On blood pressure medication?
Merokok?Smoker?
Diabetes?Diabetes?
Pernah sakit jantung, strok atau penyakit salur darah?Ever had heart disease, stroke or vessel disease?

Kenapa Kira Risiko, Bukan Sekadar KolesterolWhy Calculate Risk, Not Just Cholesterol

Dua orang dengan bacaan kolesterol yang sama boleh mempunyai risiko jantung yang sangat berbeza. Umur, tekanan darah, merokok dan diabetes semuanya menambah risiko. Sebab itu CPG Pengurusan Dislipidemia 2023 mengesyorkan setiap orang dinilai dengan skor Framingham dahulu, dan sasaran LDL serta keputusan rawatan ditentukan mengikut kategori risiko itu.Two people with the same cholesterol can have very different heart risk. Age, blood pressure, smoking and diabetes all add to it. That is why the Malaysian CPG on Dyslipidemia 2023 recommends everyone is first assessed with the Framingham score, with the LDL target and treatment decisions set by that risk category.

Rakyat Malaysia Mendapat Sakit Jantung Lebih AwalMalaysians Get Heart Disease Earlier

Menurut CPG, penyakit kardiovaskular ialah punca kematian utama lelaki dan wanita di Malaysia sehingga 2021, dan rakyat Malaysia mendapat penyakit jantung pada usia lebih muda berbanding penduduk Thailand, China dan negara barat. Mengenal pasti risiko lebih awal memberi masa untuk bertindak.According to the CPG, cardiovascular disease was the leading cause of death for Malaysian men and women up to 2021, and Malaysians develop heart disease at a younger age than people in Thailand, China and western countries. Knowing your risk early gives you time to act.

Semak juga kalkulator kolesterol, tekanan darah dan gula dalam darah. Baca panduan ujian stress test treadmill dan sakit dada kiri: gastrik atau jantung.Also check the cholesterol calculator, blood pressure and blood sugar. Read the treadmill stress test guide and left chest pain: gastric or heart.

Rujukan: Malaysian Heart Association, CPG Pengurusan Dislipidemia 2023 (Edisi ke-6), Cadangan Utama 4, 10, 11 & 12; Jadual 1 dan 2 (skor Framingham General CVD), Jadual 3 (umur jantung), Jadual 4 (sasaran LDL) · D'Agostino RB et al. General cardiovascular risk profile for use in primary care: the Framingham Heart Study. Circulation 2008;117:743-53.References: Malaysian Heart Association, CPG Management of Dyslipidemia 2023 (6th Edition), Key Recommendations 4, 10, 11 & 12; Tables 1 and 2 (Framingham General CVD score), Table 3 (heart age), Table 4 (LDL targets) · D'Agostino RB et al. General cardiovascular risk profile for use in primary care: the Framingham Heart Study. Circulation 2008;117:743-53.

Jumpa Pakar Kardiologi KamiMeet Our Cardiologists

Pakar Kardiologi Hospital Pakar An-Nur menilai risiko jantung anda, menjalankan saringan seperti ECG, ujian tekanan senaman dan ekokardiogram, dan merancang rawatan pencegahan. Lihat profil & tempah terus.An-Nur's cardiologists assess your heart risk, run screening such as ECG, exercise stress tests and echocardiograms, and plan preventive treatment. View profiles & book directly.

Dato' Dr. Oteh Bin Maskon
Dato' Dr. Oteh Bin Maskon
Pakar Perunding Kanan KardiologiSenior Consultant Cardiologist
Profesor Dr. Abdul Latiff Bin Mohamed
Profesor Dr. Abdul Latiff Bin Mohamed
Pakar Perunding KardiologiConsultant Cardiology
Dr. Abdul Muizz Bin Abd Malek
Dr. Abdul Muizz Bin Abd Malek
Pakar Perunding KardiologiConsultant Cardiology
Dr. Nor Halwani Binti Habizal
Dr. Nor Halwani Binti Habizal
Pakar Perunding KardiologiConsultant Cardiologist
Dr. Aimaduddin Bin Mat Daud
Dr. Aimaduddin Bin Mat Daud
Pakar Perunding KardiologiConsultant Cardiology

Butang Tempah membawa anda ke sistem tempahan qmed untuk mengunci slot temu janji.The Book button opens the qmed booking system to lock an appointment slot.

Soalan LazimFAQ

Skor Framingham General CVD menganggar peluang anda mendapat penyakit kardiovaskular, iaitu serangan jantung, strok atau penyakit salur darah, dalam 10 tahun akan datang. Ia dikira daripada umur, jantina, kolesterol total, HDL, tekanan darah sistolik, sama ada anda mengambil ubat darah tinggi, merokok dan diabetes. CPG Pengurusan Dislipidemia 2023 mengesyorkan semua orang dinilai dengan skor ini.

The Framingham General CVD score estimates your chance of cardiovascular disease, meaning heart attack, stroke or vessel disease, over the next 10 years. It uses age, sex, total cholesterol, HDL, systolic blood pressure, whether you take blood pressure medication, smoking and diabetes. The Malaysian CPG on Dyslipidemia 2023 recommends everyone is assessed with this score.

Menurut CPG, risiko 10 tahun bawah 10% ialah rendah, 10% hingga 20% ialah sederhana, dan lebih 20% ialah tinggi. Mereka yang pernah mengalami penyakit kardiovaskular, atau mempunyai diabetes dan penyakit buah pinggang kronik tertentu, terus diletakkan dalam kategori tinggi atau sangat tinggi.

Under the CPG, a 10-year risk below 10% is low, 10% to 20% is intermediate, and above 20% is high. People who have had cardiovascular disease, or who have diabetes or certain chronic kidney disease, go directly into the high or very high category.

Umur jantung ialah umur seseorang yang mempunyai risiko sama seperti anda tetapi dengan faktor risiko yang normal. Jika umur jantung anda lebih tua daripada umur sebenar, faktor seperti tekanan darah, kolesterol atau merokok sedang meningkatkan risiko anda. Jadual umur jantung ini diambil daripada CPG Pengurusan Dislipidemia 2023.

Heart age is the age of a person with the same risk as you but with normal risk factors. If your heart age is older than your real age, factors such as blood pressure, cholesterol or smoking are raising your risk. These heart age tables come from the Malaysian CPG on Dyslipidemia 2023.

CPG menyatakan bagi individu berisiko sederhana, ujian tekanan senaman yang positif pada beban rendah, skor kalsium koronari yang tinggi, plak pada ultrasound karotid atau indeks buku lali-lengan (ABI) yang tidak normal menunjukkan penyakit salur darah dan menaikkan kategori risiko. Hasil ini membantu doktor memutuskan sama ada rawatan ubat perlu dimulakan.

The CPG notes that for people at intermediate risk, a positive exercise stress test at low workload, a high coronary calcium score, plaque on carotid ultrasound or an abnormal ankle-brachial index (ABI) indicate vessel disease and upgrade the risk category. These results help the doctor decide whether to start medication.

Sasaran LDL bergantung pada kategori risiko (CPG Jadual 4): bawah 3.0 mmol/L bagi risiko rendah, bawah 2.6 bagi sederhana, 1.8 atau kurang bagi tinggi, dan 1.4 atau kurang bagi sangat tinggi. Bagi risiko tinggi dan sangat tinggi, CPG juga menyasarkan penurunan LDL lebih 50% daripada paras asal.

Your LDL target depends on your risk category (CPG Table 4): below 3.0 mmol/L for low risk, below 2.6 for intermediate, 1.8 or less for high, and 1.4 or less for very high. For high and very high risk, the CPG also aims for an LDL fall of more than 50% from baseline.

Skor Framingham dibangunkan di Amerika Syarikat, tetapi ia yang dipilih oleh CPG Malaysia untuk menilai risiko. Ia anggaran; sejarah keluarga penyakit jantung awal dan ujian tambahan boleh menjadikan risiko sebenar anda lebih tinggi. Gunakan hasil ini sebagai titik permulaan perbincangan dengan doktor.

The Framingham score was developed in the United States, but it is the score chosen by the Malaysian CPG to assess risk. It is an estimate; a family history of early heart disease and additional tests can make your true risk higher. Use the result as a starting point for a conversation with your doctor.

⚠️ Penafian:Disclaimer: Kalkulator ini menganggar risiko kardiovaskular 10 tahun menggunakan skor Framingham General CVD seperti dalam CPG Pengurusan Dislipidemia 2023. Ia bukan diagnosis dan tidak menggantikan penilaian doktor, yang turut mengambil kira sejarah keluarga dan ujian lain. Jangan mula, ubah atau hentikan ubat tanpa nasihat doktor.This calculator estimates 10-year cardiovascular risk with the Framingham General CVD score as used in the Malaysian CPG on Dyslipidemia 2023. It is not a diagnosis and does not replace a doctor's assessment, which also considers family history and other tests. Do not start, change or stop medication without medical advice.

Disemak Panel Pakar Perunding Hospital Pakar An-NurReviewed by the An-Nur Panel of Consultants

Baca Juga: Kesihatan JantungRead Also: Heart Health
★★★★★
4.7/5 · 6,679 ulasan pesakit di Googlepatient reviews on Google
Baca ulasan sebenar di Google →Read real reviews on Google →
Bermanfaat? Kongsi artikel iniUseful? Share this article