Kesihatan Si Manja
Terjamin di Tangan Pakar Perunding Kami.
Dari bayi baru lahir hingga remaja — Hospital Pakar An-Nur menempatkan 5 Pakar Perunding Pediatrik bertauliah bagi memastikan tumbesaran dan perkembangan, kesihatan serta keselamatan anak anda dalam persekitaran mesra keluarga yang Patuh Syariah.
Your Child's Health Is Safe
in the Hands of Our Consultants.
From newborns to teenagers — An-Nur Specialist Hospital is home to 5 Consultant Paediatricians dedicated to safeguarding your child's growth, development, health and safety within a family-friendly, Shariah-compliant environment.
⚠ Bawa Anak ke Pakar Pediatrik — Bukan Hanya Bila Sakit
⚠ Bring Your Child to a Paediatrician — Not Only When Sick
Ramai ibu bapa bawa anak berjumpa Pakar Pediatrik hanya ketika demam atau sakit teruk. Namun pemeriksaan pertumbuhan berkala, vaksinasi lengkap, dan penilaian perkembangan awal adalah sama pentingnya — kerana masalah yang dikesan awal jauh lebih mudah ditangani berbanding yang dibiarkan berlarutan.
Many parents only bring children to a Paediatrician when they have a high fever or are seriously ill. But regular growth check-ups, complete vaccination, and early developmental assessments are equally important — issues detected early are far easier to manage than those left to progress.
Perkhidmatan Pediatrik Hospital Pakar An-Nur merangkumi penjagaan komprehensif untuk bayi, kanak-kanak, dan remaja dari lahir hingga usia 18 tahun. Pakar Pediatrik kami bekerjasama rapat dengan Unit Obstetrik & Ginekologi untuk penjagaan bayi baru lahir, dan dengan Terapis Pertuturan untuk kanak-kanak dengan kelewatan perkembangan bahasa. Bagi kes yang memerlukan penjagaan intensif, unit Penjagaan Ibu & Bayi (SCN) kami turut tersedia.
An-Nur Specialist Hospital's Paediatrics service provides comprehensive care for infants, children, and adolescents from birth to 18 years of age. Our Paediatricians work closely with the Obstetrics & Gynaecology Unit for newborn care, and with our Speech Therapist for children with language developmental delays. For cases requiring intensive care, our Mother-Baby Care (SCN) unit is also available.
👶 Peringkat Umur Pesakit Kami👶 Patient Age Groups We Care For
Bayi Baru LahirNewborns
0 – 28 hari0 – 28 days
BayiInfants
1 bulan – 1 tahun1 month – 1 year
Kanak-KanakChildren
1 tahun – 12 tahun1 – 12 years
RemajaAdolescents
12 – 18 tahun12 – 18 years
Perkhidmatan Pediatrik KamiOur Paediatric Services
Penilaian Kesihatan UmumGeneral Health Assessment
Pemeriksaan berkala, pertumbuhan & perkembangan
Periodic check-ups, growth & developmental assessment
Vaksinasi & ImunisasiVaccination & Immunisation
Program Imunisasi Kebangsaan & vaksin tambahan
National Immunisation Programme & optional vaccines
Penyakit Akut Kanak-KanakAcute Childhood Illnesses
Demam, URTI, gastroenteritis, jangkitan
Fever, URTI, gastroenteritis, infections
Penyakit Kronik Kanak-KanakChronic Paediatric Conditions
Asma, diabetes juvenil, epilepsi, penyakit jantung kongenital
Asthma, juvenile diabetes, epilepsy, congenital heart disease
Penilaian Perkembangan & KelakuanDevelopmental & Behavioural Assessment
ASD, ADHD, kelewatan bahasa & motor
ASD, ADHD, language & motor delays
Penjagaan Bayi Baru Lahir (Neonatologi)Newborn Care (Neonatology)
Penilaian bayi, jaundis, SCN
Infant assessment, jaundice, SCN care
Nutrisi & Pemakanan Kanak-KanakPaediatric Nutrition
Penyusuan ibu, pemakanan bayi & kanak-kanak
Breastfeeding, infant & child nutrition
Ujian Darah & DiagnostikBlood Tests & Diagnostics
Ujian makmal, X-ray & ultrasound pediatrik
Lab tests, X-ray & paediatric ultrasound
Pakar Pediatrik KamiOur Paediatricians
Soalan LazimFrequently Asked Questions
Bawa anak berjumpa Pakar Pediatrik untuk: (1) Demam tinggi melebihi 38.5°C atau demam lebih 3 hari, (2) Kesukaran bernafas, mengi, atau batuk kronik, (3) Anak tidak mencapai milestone perkembangan mengikut umur, (4) Pemeriksaan pertumbuhan berkala, (5) Vaksinasi lengkap, (6) Sakit perut, cirit-birit, atau muntah berterusan, (7) Keadaan kronik seperti asma atau epilepsi. Untuk kecemasan, terus ke A&E kami (03-8923 5518) yang beroperasi 24 jam.
Bring your child to a Paediatrician for: (1) High fever above 38.5°C or fever lasting more than 3 days, (2) Difficulty breathing, wheezing, or chronic cough, (3) Child not meeting developmental milestones, (4) Periodic growth check-ups, (5) Complete vaccination, (6) Persistent abdominal pain, diarrhoea, or vomiting, (7) Chronic conditions like asthma or epilepsy. For emergencies, go directly to our A&E (03-8923 5518) operating 24 hours.
Program Imunisasi Kebangsaan Malaysia merangkumi vaksin BCG (lahir), Hepatitis B (lahir, 1 bulan, 5 bulan), DPTaP-Hib-IPV (2, 3, 5 bulan), MMR (12 bulan & 7 tahun), Hepatitis A, Varicella, dan lain-lain. Hospital Pakar An-Nur menyediakan perkhidmatan vaksinasi lengkap termasuk vaksin tambahan yang disyorkan (Pneumococcal, Meningococcal, Rotavirus). Hubungi kami di 03-8923 5528 untuk jadual vaksinasi anak anda.
Malaysia's National Immunisation Programme includes BCG (birth), Hepatitis B (birth, 1 month, 5 months), DPTaP-Hib-IPV (2, 3, 5 months), MMR (12 months & 7 years), Hepatitis A, Varicella, and more. An-Nur Specialist Hospital provides complete vaccination services including recommended optional vaccines (Pneumococcal, Meningococcal, Rotavirus). Contact us at 03-8923 5528 for your child's vaccination schedule.
Tanda amaran kelewatan perkembangan yang perlu diambil serius: Bayi 6 bulan tidak senyum atau tidak memberi respons kepada suara. Bayi 9 bulan tidak menoleh ke arah bunyi. Kanak-kanak 2 tahun tiada perkataan bermakna. Kanak-kanak 3 tahun tidak boleh membentuk ayat ringkas. Anak tidak melakukan hubungan mata (eye contact), tidak menunjuk objek, atau sangat sensitif kepada sentuhan. Jika anda perasan tanda-tanda ini, segera buat temujanji dengan Pakar Pediatrik kami. Intervensi awal sangat penting.
Warning signs of developmental delay to take seriously: Baby at 6 months not smiling or not responding to sounds. Baby at 9 months not turning toward sounds. Child at 2 years has no meaningful words. Child at 3 years cannot form simple sentences. Child doesn't make eye contact, doesn't point at objects, or is very sensitive to touch. If you notice these signs, promptly make an appointment with our Paediatrician. Early intervention is crucial.
Ya. Hospital Pakar An-Nur mempunyai Unit Penjagaan Ibu & Bayi (SCN) yang lengkap untuk penjagaan bayi baru lahir yang memerlukan pemantauan khas, termasuk bayi pramatang, bayi dengan jaundis, atau bayi yang memerlukan penjagaan intensif. Unit SCN kami beroperasi 24 jam dengan sokongan Pakar Pediatrik kami.
Yes. An-Nur Specialist Hospital has a complete Mother-Baby Care Unit (SCN) for newborns requiring special monitoring, including premature babies, babies with jaundice, or those requiring intensive care. Our SCN operates 24 hours with support from our Paediatricians.
Tiga cara mudah: (1) Tempah online di qmed.asia/ansh, (2) Telefon 03-8923 5528 (temujanji pakar), atau (3) WhatsApp 011-5536 4287. Untuk kecemasan kanak-kanak, terus ke Unit Kecemasan (A&E) kami di 03-8923 5518 — beroperasi 24 jam, 7 hari seminggu.
Three easy ways: (1) Book online at qmed.asia/ansh, (2) Call 03-8923 5528, or (3) WhatsApp 011-5536 4287. For paediatric emergencies, go directly to our Emergency Unit (A&E) at 03-8923 5518 — open 24 hours, 7 days a week.
Kesihatan Anak Anda Adalah Keutamaan Kami.
Pakar Perunding Pediatrik kami bersedia memberikan rawatan terbaik untuk si manja anda — daripada pemeriksaan rutin sehinggalah kes klinikal yang lebih kompleks.
Your Child's Health Is Our Priority.
Our Consultant Paediatricians are ready to deliver the very best care for your little one — from routine check-ups through to more complex clinical cases.