Jabatan Dietetik &
Pemakanan Klinikal
Dietetics &
Clinical Nutrition
Terapi Nutrisi Perubatan (MNT) berasaskan bukti klinikal — dirancang khusus untuk mengawal Diabetes, melindungi Buah Pinggang, dan memulihkan keseimbangan nutrisi badan anda.
Medical Nutrition Therapy (MNT) based on clinical evidence — designed specifically to control Diabetes, protect your Kidneys, and restore your body's nutritional balance.
Jabatan Dietetik Hospital Pakar An-Nur komited menyediakan konsultasi pemakanan klinikal dan pengurusan penyakit kronik yang berkaitan dengan corak pemakanan — untuk pesakit luar, pesakit dalam wad, serta penjaga. Pakar Diet (Dietitian) bertauliah kami akan melakukan penilaian nutrisi, pendidikan pemakanan, dan merancang program penjagaan menggunakan Terapi Nutrisi Perubatan (MNT — Medical Nutrition Therapy) yang selaras dengan panduan kesihatan terkini berasaskan bukti klinikal.
The Dietetics Department of An-Nur Specialist Hospital is committed to providing high-quality clinical nutrition consultation and management of diet-related chronic diseases — for outpatients, inpatients, and their caregivers. Our registered Dietitian conducts nutrition assessments, provides personalised education, and manages patient care using Medical Nutrition Therapy (MNT) in line with the latest evidence-based clinical guidelines.
Jangan Biarkan Penyakit Bertambah Teruk Kerana Makanan
Don't Let Your Disease Worsen Because of What You Eat
Ubat-ubatan sahaja tidak mencukupi jika corak pemakanan anda merosakkan organ dari dalam. Pesakit Kencing Manis dan Buah Pinggang berisiko tinggi mengalami kegagalan organ jika diet tidak dikawal dengan pelan pemakanan yang tepat. Dapatkan nasihat Pakar Diet kami sebelum terlambat.
Medications alone are not enough if your diet damages organs from within. Diabetic and Kidney disease patients are at high risk of organ failure without a proper nutrition plan. Seek advice from our Dietitian before it's too late.
Perundingan Diet Untuk:
Diet Counselling Provided For:
Diabetes (Kencing Manis)
Diabetes Management
Jenis 1, Jenis 2, Diabetes Kehamilan (GDM) & Pra-Diabetes. Pelan makan terperinci untuk kawal paras gula darah.
Type 1, Type 2, Gestational DM & Pre-Diabetes. Detailed meal plans to control blood glucose levels.
Sistem Kardiovaskular
Cardiovascular Health
Darah Tinggi (Hipertensi) & Kolesterol Tinggi (Hiperlipidemia). Diet DASH & TLC untuk kesihatan jantung.
Hypertension & High Cholesterol. DASH & TLC diet for heart health.
Penyakit Buah Pinggang
Kidney / Renal Disease
Pelan pemakanan khusus untuk pesakit CKD & Hemodialisis — kawalan fosforus, kalium & cecair.
Specific nutrition plans for CKD & Hemodialysis patients — phosphorus, potassium & fluid control.
Pengurusan Berat Badan
Weight Management
Pengurusan Obesiti yang sihat dan Failure to Thrive (FTT) untuk kanak-kanak secara terkawal dan selamat.
Healthy Obesity management and Failure to Thrive (FTT) in children — safe and controlled approach.
Pemakanan Khusus (Tiub)
Specialized / Tube Feeding
Sokongan Nutrisi Enteral (tiub) & Parenteral untuk pesakit ICU, strok, atau tidak boleh makan secara oral.
Enteral (tube) & Parenteral Nutrition support for ICU, stroke, or patients unable to eat orally.
Kondisi Lain
Other Conditions
Kanser, Asid Urik Tinggi (Gout), Anemia, Diet Tekstur Ubahsuai, dan pemakanan pesakit pasca-pembedahan.
Cancer, High Uric Acid (Gout), Anaemia, Modified Texture Diet, and post-surgery patient nutrition.
Bagaimana MNT Berfungsi?
How Does MNT Work?
Penilaian Nutrisi
Nutrition Assessment
Semakan rekod perubatan, makmal, dan tabiat pemakanan semasa pesakit secara menyeluruh.
Review of medical records, lab results, and current dietary habits comprehensively.
Diagnosis Nutrisi
Nutrition Diagnosis
Kenal pasti masalah nutrisi utama yang menyumbang kepada keadaan klinikal pesakit.
Identify primary nutrition problems contributing to the patient's clinical condition.
Pelan Pemakanan Khusus
Personalised Nutrition Plan
Pelan makan individual — kalori, karbohidrat, protein, dan cecair disesuaikan dengan keperluan pesakit.
Individual meal plan — calories, carbs, protein, and fluids tailored to patient needs.
Pemantauan & Susulan
Monitoring & Follow-up
Susulan berkala untuk pantau kemajuan, sesuaikan pelan, dan pastikan matlamat nutrisi tercapai.
Regular follow-ups to monitor progress, adjust the plan, and ensure nutrition goals are achieved.
Pakar Diet Kami
Our Dietitian
Soalan Lazim — Pakar Diet
FAQ — Dietitian Services
Individu yang menghidap Kencing Manis (Diabetes), Darah Tinggi, Kolesterol Tinggi, Penyakit Buah Pinggang, wanita hamil dengan Diabetes Gestasi (GDM), pesakit kanser, atau mereka yang mempunyai masalah berat badan (obesiti atau terlalu kurus) yang memerlukan intervensi klinikal yang betul dan terancang.
Individuals with Diabetes, Hypertension, High Cholesterol, Kidney Disease, pregnant women with Gestational Diabetes (GDM), cancer patients, or those with weight issues (obesity or severely underweight) requiring proper and planned clinical intervention.
Pakar Diet (Dietitian) adalah profesional perubatan berdaftar di bawah KKM yang berkelayakan merawat penyakit klinikal melalui preskripsi diet khusus — dikenali sebagai Terapi Nutrisi Perubatan (MNT). Pakar Nutrisi (Nutritionist) pula lebih memfokuskan kepada pendidikan gaya hidup sihat dan kesihatan pencegahan am untuk orang yang sihat.
A Dietitian is a registered medical professional under MOH Malaysia who is qualified to treat clinical diseases through specific diet prescriptions — known as Medical Nutrition Therapy (MNT). A Nutritionist focuses more on healthy lifestyle education and general preventive health for healthy individuals.
Boleh melalui kedua-dua cara — dengan atau tanpa surat rujukan doktor. Walau bagaimanapun, bagi pesakit kronik, membawa laporan perubatan dan keputusan makmal terkini sangat membantu Pakar Diet kami merancang program MNT yang lebih tepat, komprehensif, dan sesuai dengan kondisi klinikal anda semasa.
Both ways are possible — with or without a doctor's referral letter. However, for chronic disease patients, bringing recent medical reports and lab results greatly helps our Dietitian plan a more accurate, comprehensive MNT program suited to your current clinical condition.
Ramai pesakit Diabetes boleh berpuasa dengan selamat dengan bimbingan yang betul. Pakar Diet kami menyediakan pelan makan khusus Ramadan — termasuk panduan makan sahur, berbuka, dos ubat, pemantauan gula darah, dan tanda-tanda bahaya yang perlu diperhatikan. Sangat disyorkan untuk berunding dengan Pakar Diet dan Doktor Pakar sebelum Ramadan bermula.
Many Diabetic patients can fast safely with proper guidance. Our Dietitian provides a Ramadan-specific meal plan — including sahur, iftar, medication timing, blood glucose monitoring guidance, and warning signs to watch out for. It is highly recommended to consult our Dietitian and Specialist Doctor before Ramadan begins.
Kekerapan bergantung kepada jenis dan keterukan kondisi. Bagi pesakit kronik seperti Diabetes atau Buah Pinggang, lawatan susulan setiap 1–3 bulan biasanya disyorkan untuk memantau kepatuhan diet, menyemak semula keputusan makmal terkini, dan menyesuaikan pelan pemakanan mengikut keperluan semasa. Pakar Diet kami akan menentukan jadual susulan yang paling sesuai untuk anda.
Frequency depends on the type and severity of the condition. For chronic patients such as Diabetes or Kidney Disease, follow-up visits every 1–3 months are typically recommended to monitor dietary compliance, review latest lab results, and adjust the nutrition plan as needed. Our Dietitian will determine the most appropriate follow-up schedule for you.
Mula Kawal Penyakit Anda Hari Ini.
Take Control of Your Disease Today.
Satu sesi perundingan bersama Pakar Diet kami boleh menyelamatkan buah pinggang anda, mengelakkan komplikasi amputasi akibat Diabetes, dan mengawal tekanan darah sebelum strok menyerang. Jangan tunggu sehingga terlambat.
One consultation session with our Dietitian can save your kidneys, prevent amputation complications from Diabetes, and control your blood pressure before a stroke strikes. Don't wait until it's too late.
→ Atau buat temujanji online melalui Qmed → Or book an appointment online via Qmed