PANDUAN BAKAL-BAKAL IMAM TARAWIH
1. Lafaz Niat Solat Sunat Tarawih
أصلي سنة التراويح ركعتين إماما لله تعالى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Tarawih dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta’ala.”
2. Bacaan dalam Solat Imam perlu membaca surah Al-Fatihah diikuti bacaan mana-mana surah pilihan. Tiada surah-surah tertentu yang ditetapkan. Rujuk bahagian FAQ untuk perincian.
3. Solat Sunat Witir Sunat dilakukan selepas tarawih dalam bilangan yang ganjil (satu rakaat atau tiga rakaat satu salam atau tiga rakaat dua salam).Sekiranya ingin mendirikan Qiamullail (solat malam), solat witir boleh sahaja ditangguhkan sehingga selepas Qiammullail kerana solat sunat witir adalah solat penutup untuk solat malam bersandarkan hadis, “Jadikanlah solat witir sebagai solat terakhir kamu pada waktu malam” Riwayat Al-Bukhari (998)
4. Lafaz Niat Solat Sunat Witir
أصلي سنة الوتر ركعتين إماما لله تعالى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir dua rakaat sebagai imam kerana Allah Ta’ala.”
أصلي سنة الوتر ركعة إماما لله تعالى
Maksudnya: “Sahaja aku solat sunat Witir satu rakaat sebagai imam kerana Allah Ta’ala.”
FAQ TARAWIH
1- Solat tarawih boleh dilaksanakan sama ada 8 rakaat atau 20 rakaat yang boleh dipecahkan kepada 2 rakaat setiap kali solat.
2- Membaca surah pilihan adalah sunat sama ada dari surah / ayat yang lazim yang telah dihafal atau dengan melihat mushaf Al-Quran.
3- Merujuk mushaf sama ada dengan memegang mushaf kecil, telefon pintar atau meletakkan mushaf besar dihadapan imam adalah diharuskan namun perlu dipelihara adab-adab dan pergerakan dalam solat.
4- Jika tidak menghafaz doa-doa selepas solat dalam bahasa Arab, doa boleh dibaca dalam bahasa Melayu.
5- Selawat diantara 2 solat tarawih bukanlah syarat sah solat tarawih. Tidak menjadi masalah jika tidak dilafazkan.
6- Urusan untuk menjadi imam tidaklah susah dan tidak perlu diberat-beratkan. Buat sekadar kemampuan dan buktikan anda mampu menjadi imam terbaik buat keluarga.
7- Untuk panduan dan bacaan yang lebih terperinci, sila rujuk Nota Poket Puasa Ramadhan dan Tarawih yang dikeluarkan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor.